About

Salam,

Alahai.. Tak kan nak kena bagitau jugak kot?. Baru hengat nak jadi seorang blogger yang low profile. Kepada sesiapa yang dah kenal dengan manusia yang bernama ery ni. tekan alt-F4 sekarang jugak. Tak de yang menarik pun pasal diri ery ni. Kalau nak baca jugak, jangan menyesal. Hehe

Ery @ Nama sebenarnya kena tanya zurina, seorang graduan Unitar didalam jurusan Teknologi Maklumat. Sudahpun berkahwin pada 6 Febuari 2009. Bekerja sebagai pekerja am di sebuah stesen minyak dipinggir Kota Bharu, Kelantan. Selalu menghabiskan masa di tempat kerja tanpa meminta gaji lebih.

Ada yang tanya ery, kenapa suhailatrdg.com?? suhaila tu nama sape?. Ini jawapannya : Suhailatrdg adalah bermaksud SUka HAtI La Aku TaRuk DenGan nama apa pun. hehe…

Kewujudan blog ini adalah sedikit sebanyak cetusan hati dan suara ery. Gambar atau artikel yang berada di dalam blog ini adalah daripada cetusan idea ery sendiri, koleksi simpanan dalam hard disk, email dari rakan-rakan, blogwalking ke blog rakan-rakan atau ery jumpa kat mana-mana. Ery akan cuba meletakkan backlink jika terdapat artikel yang ery copy paste daripada blog atau website yang berkaitan. Jika terdapat isu-isu sensitif yang tidak korang senangi, please give me a feedback. Ery akan secepat mungkin menghapuskan posting tersebut. Emailkan kepada Hantar@suhailatrdg.com

Ery sangat mengharapkan kunjungan korang semua disini dapat memeriahkan lagi industri blog di Malaysia.

bertwittering

atau

berfacebooking

number of view: 775

Popularity: 22% [?]