Dah Sampai Ipoh?

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahunmenaiki bas ekspres Kuala Lumpur – Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas “Encik.. tolong tengokkan anak saya ya… Nanti kalau sampai di Ipoh… cakap pada anak saya.” Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..

“Sudah sampai Ipoh belom?” Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. “Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!” Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, “Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?” Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. “Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!” Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. “Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?”

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh… Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh… si anak dibangunkan. “Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!” Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata..

“Oh sudah sampai ya!” alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan… “Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?” tanya pemandu kebingungan. “

Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!”

Muahaha…

Lama tak update blog… Baru je balik dari penang. Nenek ery sakit. Huhu… Kerja plak berlambak ni.. huhuh

Possibly related posts: (automatically generated)

Related Posts with Thumbnailsnumber of view: 591

Popularity: 31% [?]

Tags: , , , , , ,

This entry was posted on Wednesday, March 3rd, 2010 at 6:09 pm and is filed under Bangang. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Dah Sampai Ipoh?”

apiih March 3rd, 2010 at 7:11 pm

hahaha..kesian plak kat pemandu ngan penumpang lain..hahaha…pdn muke
apiih´s last blog ..Kini Berpindah!! My ComLuv Profile

Mus March 4th, 2010 at 1:02 am

anak kecik tu kenyang..
pakcik driver tu yang kelaparan..
Mus´s last blog ..Baru Aku Perasan Yang Sebenarnya, Blog Warna Hijau Itu Bukan Milik Incredible Hulk My ComLuv Profile

etomyam March 4th, 2010 at 10:11 am

hehehe…moral of the story….bagi orang cakap sampai habis dulu…ada maksud nya…

suri March 4th, 2010 at 1:36 pm

isyh..dibuatnya budak tu kena rogal camner??

tapi yg bstnya dapt jugalah dia jlan2 cari makan angin dlm bas yer..hehe

imran March 4th, 2010 at 11:32 pm

Moral : Jangan dengar cakap budak :D

rafiz2000 March 6th, 2010 at 7:54 pm

huhuhu kena xtra charge…

syin March 6th, 2010 at 10:04 pm

hahaha….drebar tu la bengap…tak ingat nk kejut..kalau tak, xde la rugi minyak dll…hahaha…

mesti bengang semua org..

blinkky March 7th, 2010 at 4:06 am

Mesti marah penumpang lain ni =)
blinkky´s last blog ..How To Open .001 Files? My ComLuv Profile

kertaz March 8th, 2010 at 2:28 pm

Apo nama driver tu? Aku nk pegi stesen bas gopeng then sruh dia baca post ni.. Ahahahhah..
kertaz´s last blog ..Selamat Tinggal Kucing.. My ComLuv Profile

ariff March 11th, 2010 at 12:36 am

alahai budak.. haha
ariff´s last blog ..Selamat Hari Awek Sedunia My ComLuv Profile

the dilala March 12th, 2010 at 9:51 pm

ha ha ha
berdekah-dekah 3 kali
kesian semua yg ada dalm bas tu

suri March 12th, 2010 at 10:55 pm

jalan-jalan cari makan..hehe baik tak kena culik..huhu bahaya tau

suri March 16th, 2010 at 11:28 pm

SALAM.
bila tengok bustand ipoh rasa hati nak balik je ke mlk laa..huhu rindu kat org melaka..

thanks ery sb sudi masuk blog suri :)

winzpink March 17th, 2010 at 9:48 am

Sama2 suri..
B/p ery

Leave a Reply

CommentLuv Enabled