Berita Baik Untuk Seluruh Rakyat Malaysia

Sepertinya kita mungkin maklum bahawa pada Mei 1 ini terdapat suatu kejutan di mana harga minyak akan di hapuskan subsidinya. Menurut Malaysia Insider, yang telah mengutip sumber-sumber dari Putrajaya dalam melaporkan berita baik ini, dan ternyata keputusan itu hanya baru dibuat oleh pihak kerajaan dimana NFSS (National Fuel Subsidy Scheme) akan di tangguhkan kepada satu masa yang masih belum di ketahui.

Namun, berita baik tersebut hanyalah seketika. ery tidak yakin adakah kita mempunyai masa untuk mengubah skim ini  kerana kerajaan hanya memberitahu bahawa mereka hanya menangguhkan skim subsidi ini dan bukanlah menghapuskannya. Oleh itu, mari kita sama-sama membuka telinga dan mata supaya kita tidak ketinggalan untuk mengetahui berita sensasi mengenai NFSS ini. Harga jualan minyak ketika ini adalah RM1.80 per liter untuk RON95 dan RM2.05 per liter untuk RON97 yang telah diperkenalkan pada 1 September 2009 dan pada waktu itu minyak mentah ialah US$ 72.75 per barel. Kini Minyak mentah telah mengalami kenaikan sebanyak  9.7%  kepada US$ 80.25 dalam  jangka masa 5 bulan (sept’09 – Mar’10). Ini dapat di simpulkan bahawa harga jualan minyak mungkin juga akan mengalami kenaikan. Kita tunggu dan lihat…

Assalamualaikum..

Related Posts with Thumbnailsnumber of view: 503

Popularity: 23% [?]

Tags: , , ,

This entry was posted on Thursday, February 25th, 2010 at 10:43 am and is filed under Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Berita Baik Untuk Seluruh Rakyat Malaysia”

hydir February 25th, 2010 at 11:01 am

harga barang semua naik bila minyak naik harga ..

tp gaji minimum pekerja masih di takuk lama :P
hydir´s last blog ..10 Tanda Anda Dah Tua walaupun hakikatnya anda masih muda! My ComLuv Profile

1tomyam February 25th, 2010 at 11:25 am

nak kena hidupkan semula road motor lah gini..huhuhu
1tomyam´s last blog ..Wanita Dan Persamaan Gender: Isu Yang Akan Terus Berpanjangan My ComLuv Profile

imran February 25th, 2010 at 12:05 pm

Ada pro dan kontra isu minyak ini. Tunggu dan lihat sahaja

apiih February 25th, 2010 at 3:36 pm

sume brg nak naik,bile mau turun nih??huhuhu
apiih´s last blog ..Perjalanan Hidup Sebuah Laman Bergelar FaceBook My ComLuv Profile

suri February 25th, 2010 at 5:38 pm

aduh..semua naik..tapi tak der satu pun yang kekal harganya..

kalu jual pasir pun mahal..tu pun skrg org dah jual mahal sb..nak buat rumah..

uda February 25th, 2010 at 5:50 pm

Mana ada harga barang yg turun.. semua naik..makan roti, roti naik.. makan nasi, beras naik.. sebabnya.. rakyat di utamakan..

samanosuke_04 February 26th, 2010 at 6:11 am

kalo kat M’sia ader metro kan best.. ngahahaha.. takpelaa aku takde kete lagi pun…

zik February 26th, 2010 at 10:37 am

adoii.. naik basikal jelah lepas nie…peluh pun peluh la….
zik´s last blog ..Demi sesuap nasi. My ComLuv Profile

ariff February 28th, 2010 at 6:26 am

setuju dengan hydir. kalau taraf gaji tak ubah/naik sikit takde guna. rakyat makin miskin nnti
ariff´s last blog ..Enam Bulan blog.ariff – Rahsia Kejayaan? My ComLuv Profile

suri March 1st, 2010 at 3:39 pm

asyik naik je..kasilah turun lama sikit..apalah susah sangat..nasib rakyat juga yang susah mcri rzki,,

mancai March 8th, 2010 at 1:45 pm

peh akan naik jugak tu nanti… rega barang apatah lagi…
mancai´s last blog ..Gunakan kebijaksanaan nak jadi kaya My ComLuv Profile

suri March 12th, 2010 at 10:52 pm

salam ceria tuan rumah..
aduh lama menyepi..terima ksh sb sudi masuk blog suri..
naik basikal mugkin blh jimat kot..sure badan akan sihat tika peluh keluar memecah lemak di badan..otot2 kita..

anakgajah13 March 18th, 2010 at 1:57 am

rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

hurm…iye lah tuh.

“negara kita adalah negara paling tinggi subsidinya berbanding negara-negara serantau”

atau

“harga petrol di negara kita adalah antara yang terendah berbanding negara-negara lain”

ces!
anakgajah13´s last blog ..EARTH HOUR OFFICIAL VIDEO My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled